Daisypath Anniversary tickers

Isnin, November 08, 2010

Cerita Bulan November

salam,
dah lama sangat aku x mencoretkan ape2 kat blog ni...hari aku nk curah kan isi hati ler skit...2 hari paling penting dlm bulan ni, iaitu hari lahir abah aku (08/11) & aku (10/11)..aku plak dah tghari baru ingat..kuat btul pelupa aku ni...baru anak sorang..ahaks..actually, abah dah berumur 69thn..tp tetap kuat n sihat menjalani kehidupan seperti biase,berkebun ,berniage...rutin harian die...-ALHAMDULILLAH- syukur pd ALLAH berikan kesihatan yang baik tuk abah aku...LOVE u so much ABAH...bezday aku plak,lg 2 hr je....hehehe..tp, blom sempat date tu, aku dah terima present dr en hubby..( bag idaman ).TQ,TQ,TQ..LOVE u til die...moga hidup kita lebih ceria dr skrg..semoga kita lebih tabah m'harungi dugaan rumah tangge dgn penuh kesabaran dan taqwa kepadaNya..Amin.

Selasa, Ogos 17, 2010

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu



Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud.


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu


- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
- *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka -Melihat kaabah sehingga menitis air mata- Membaca quran sehingga menitis air mata- Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!*Anak*Ibu*Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah
Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya... kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"

- "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"-
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
- Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan?
-Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
-Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah-"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"- "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
- *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
-*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup- Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
-Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time
- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
-Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
-*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
- *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

- Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka-Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar-Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan-Symptom dah terkena saka- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar- Susah nak dapat anak, senang gugur- Ada rasa kelibat orang lalu- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam-Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
-Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
- Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari

Wallahu'alam...

My Self ~ My Life

Salam Perkenalan Buat semua,
aku Sit Hajar Abd Aziz, tu lah name aku sebenar....aku simple jerk orangnye...
HIDUP aku dkelilingi dgn MY family (mak ,abah, adik beradik, suami & yg paling penting Anak aku-QASEH),,rakan2 sekolah(suatu ms dulu),,rakan2 di tempat koje(sekarang)..
Buat ms skarang aku happy dgn hidup aku..TQ sume coz buat life aku sering colourful..hihihi
tu je la intro bt ms ni..semoga berjumpe lagi..
SAYONARA
Qaseh n Ayah
aku

member2 ofis

tu dah terang2 namenye kat pic tuh....

Ibu n Qaseh

                                         

Isnin, Ogos 16, 2010

MY life

dalam hidup...ape aku nak sebenarnye...
aku pun konfius.....(mcm xde hala tuju plak)
biarlah ms yg menentukan...
tp aku happy skrg ni..
ade family( mak,ayah,adikberadik,suami,dan yg paling peting my Ggirl-Qaseh-)


 Qaseh n Ibu

my Family


ade kawan2 ( time sekolah, tmpt koje, dll )
dak2 ofis